Kursus Azizan Ariffin

Pada 15 April 1976, beliau telah mengikuti Kursus Asas Penerbangan di Australia dan menerima kelayakan untuk menjadi juruterbang TUDM apabila dianugerahkan Sayap Penerbangan pada 8 Julai 1977. Semenjak dari itu, kerjaya beliau terus berkembang sebagai seorang juruterbang TUDM. Beliau telah menerbangkan berbagai jenis pesawat TUDM, dan antaranya adalah CT 4s, Aermacchi MB 326H, Bulldog B 100, Cessna 402B, BAe 125, Fokker 28, Pilatus PC 7, Falcon 900 dan juga C130.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan telah menghadiri berbagai kursus kepakaran dan juga kerjaya baik di luar mahupun dalam negara. Beliau adalah merupakan graduan Air Command and Staff College (USA) dan juga National Defence College (India).